Monday, September 27, 2010

Surah at-Taubah ; Ayat 128-129.

你們本族中的使者確已來教化你們了,他不忍心見你們受痛苦,他渴望你們得正道,他慈愛信士們。
如果他們違背正道,你就說:「真主是能使我滿足的,除他外,絕無應受崇拜的。我只信托他,他是有偉大的寶座的。」

Friday, September 24, 2010

Sejarah Kota Makkah.


Makkah mula terbina pada zaman Nabi Ibrahim As. dan putranya Ismail As. Ketika Nabi Ismail dan ibunya Hajar ditingalkan disitu, Makkah hanyalah sebuah lembah yang gersang, padang pasir yang tandus dan hanya ditumbuhi oleh pohon-pohon renek. Ia adalah kawasan yang tiada berpenghuni dan merupakan salah satu laluan kafilah-kafilah dagangan. Walau bagimanapun terdapat satu kabilah yang menetap dikawasan sekitarnya iaitu Kabilah 'Amaliq'.

Apabila ujudnya telaga zamzam di Makkah, kafilah suku Jurhum yang kebetulan melalui kawasan itu telah memohon keizinan dari pada Siti Hajar untuk menetap berdekatan dengan telaga Zamzam. Maka bermulalah sebuah perkampungan kecil dibumi Makkah dengan pekerjaan utama penduduknya ialah berburu binatang.

Setelah Nabi Ismail dewasa, baginda telah dijodohkan dengan anak gadis suku Jurhum. Perkahwinan itu telah membawa kepada penyatuan dua keturunan yang akhirnya membolehkan keturunan suku Jurhum menjadi Raja (Penguasa) kepada kabilah tersebut dan kabilah-kabilah lain yang tinggal disekitar mereka.

Penguasaan suku Jurhum sebagai penguasa Makkah dan penjaga Kaabah berlarutan bagi satu tempoh yang panjang iaitu selama dua abad. Nanum begitu, selepas kematian Raja Madad Ibnu 'Amru, suku Jurhum mula leka dan tidak lagi berpegang teguh dengan ajaran Nabi Ibrahim As. dan Nabi Ismail As. Mereka bersikap angkuh dan bongkak. Mereka juga berkelakuan keji dengan mencetuskan pelbagai kezaliman diMakkah, menghalalkan yang haram dan sangup melakukan kemungkaran didalam Kaabah.

Akibat dari sikap dan perbuatan melampau tersebut, penguasaan mereka dibumi Makkah telah berakhir apabila ditewaskan oleh suku Khuza'ah yang diketuai oleh 'Amru ibn Luhay yang datang dari Yaman. Suku Jurhum telah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan yang berlarutan selama tiga hari sehingga tiada lagi yang hidup melainkan mereka yang melarikan diri dari medan peperangan.

Sungguhpun kota suci Makkah bertambah maju dibawah pemerintahan suku Khuza'ah dengan pertambahan jemaah yang menziarahi Kaabah, tetapi mereka turut membawa masuk ajaran mereka saperti menyembah berhala, menenung nasib dengan bilah-bilah anak panah dan adat-adat yang jelas bertentangan dengan ajaran Nabi Ibrahim As.

Penguasaan suku Khuza'ah ini berlarutan dari satu generasi (melebihi 500 tahun) sehingga tiba zaman Qusay ibn Kilab yang telah menyatukan suku-suku Arab di Makkah menjadi satu bangsa atau kabilah Quraisy yang disegani diseluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab.

Keadaan ini berterusan sehingga pada zaman Rasulullah As. dilahirkan di mana ketika itu pucuk pemerintahan dipegang oleh datuk Baginda iaitu Abdul Muttalib. Dibawah kepimpinan beliau, bangsa Quraisy melalui zaman kemuliaan, kekuasaan dan kemegahan yang tidak pernah diperolehi oleh keturunan mereka sebelum ini.

Penguasaan golongan musyrikin Quraisy keatas kota suci ini berakhir dengan pembukaan Makkah al-Mukarramah oleh Baginda Rasulullah As. pada bulan Ramadan tahun 8 Hijrah. Baginda telah membinasakan berhala-berhala disekitar Kaabah yang berjumlah 360 buah dengan pedangnya dan mengarahkan sahabat Baginda; 'Umar ibn al-Khattab Ra. dan 'Uthman ibn 'Affan Ra. memadamkan lukisan-lukisan yang terdapat didinding-dinding Kaabah. Bermula dari detik tersebut, Makkah al-Mukarramah bergerak menuju era keemasan dibawah naungan dan rahmat Ilahi, sungguhpun tampuk pemerintahan umat Islam silih bertukar ganti.

Kegemilangan dan kemajuan ini menjadikan kota suci Makkah al-Mukarramah yang satu ketika hanya dihuni oleh kelompok kecil manusia dari suku Jurhum berkembang menjadi satu kota yang bertamadun lagi canggih dan didiami oleh lebih 600 ribu penduduk tetap.

Surah ar-Rahman